Berikut adalah saham aliran meningkat untuk Tahun Baru Cina 2023

Berikut adalah saham aliran meningkat untuk Tahun Baru Cina 2023

Berikut adalah saham aliran meningkat untuk Tahun Baru Cina 2023

Berikut adalah saham aliran meningkat untuk Tahun Baru Cina 2023

kajianforexmalay.com – Uptrend dalam carta atau fasa kenaikan antara salah satu trendline yang diburu oleh pelabur tegar dalam analisis teknikal sesuatu carta saham.

Beli saham pada trend yang selain uptrend terasa tak sempurna. Seperti ada yang tidak kene dengan pembelian kita.

Sifu-sifu dan pakar penganalisis teknikal juga menasihatkan untuk membeli saham yang sedang Uptrend. Ini kerana potensi untuk meraih keuntungan adalah lebih tinggi berbanding kerugian.

Sempena cuti raya cina tahun 2023, pasaran Bursa Malaysia ditutup bergaya berada di paras atas 1,500 mata.

Antara carta saham-saham yang membuat Uptrend sebelum raya cina tahun 2023 ini adalah seperti berikut.

Ini carta tujuan pembelajaran sahaja ya, bukan saranan belian ataupun saranan jualan.

1. SFP Tech Holdings Berhad

Pergerakan harga saham SFPTECH ini memang berjaya sejak bangkit membuat breakout daripada harga IPO-nya sebelum ini.

Sehingga hari ini, carta saham SFPTECH ini dilihat sihat dengan adanya naik turun yang stabil dan terus menerus membuat higher high.

Siapa yang masih simpan saham ini sejak IPO, memang sangat beruntung dengan keuntungan berlipat kali ganda.

2. Dayang Enterprise Holdings Berhad

Saham minyak sejak dua menjak ini sangat hangat disebut-sebut oleh ramai pedagang. Dengan sokongan harga minyak mentah dunia yang semakin pulih, saham Dayang juga menunjukan prestasi cemerlang dari segi harga yang makin hari makin naik.

Uptrend yang dilakukan juga sihat dan stabil dengan adanya higher higher, higher low yang jelas dan ketara pada carta saham ini.

Jika pelabur membeli dengan signal breakout pada Oktober 2022 lepas, boleh dapat angpow besar juga untuk beraya!

3. CCK Consolidated Holdings Berhad

Selepas membuat break away breakout, harga saham CCK ini terus menerus naik. Kenaikan harga saham ini agak drastik tetapi ianya disusuli dengan pullback.

Jika anda perasan, setiap kenaikan candle putih yang panjang akan disusuli dengan pullback untuk beberapa hari sebelum harga saham ini kembali membuat kenaikan yang lebih tinggi semula.

Berbanding dua Uptrend saham-saham diatas, saham yang ini garisan Uptrendnya agak juram walaupun membuat higher high dan higher low.

SOP Pembelian Saham Wajib Ikut

Nak beli saham ini, bukan sekadar lihat saham tersebut Uptrend terus boleh beli, perlu juga kaji latar belakang syarikat walaupun sedikit. Kita melabur bukan berjudi.

Antara Standard Operating Procedure (SOP) untuk membeli saham yang boleh pelabur amalkan adalah-

  1. Cari saham yang berada pada paras 52 weeks high
  2. Pastikan saham tersebut membuat breakout!
  3. Lagi baik jika breakout dengan candle marubozu
  4. Beli pada belah petang untuk price confirmation
  5. Utamakan saham yang mempunyai fundamental yang baik

Bagi anda yang tidak tahu bermain forex dan ingin belajar melabur dalam forex, kami mengesyorkan Tradesia sebagai Platform Trading Option Terbaik di Malaysia. Trading Option ialah satu bentuk spekulasi ke atas aset asas. Aset asas boleh menjadi saham, bon, komoditi atau jenis instrumen dagangan lain. Bukan sahaja forex, anda juga boleh trading dari pelbagai aset seperti emas dan crypto. Hanya dengan modal 10 MYR, anda boleh mencuba Trading di Tradesia. Mari buat akaun Tradesia sekarang juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *