Agrobank menerima 3 anugerah di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022

Agrobank menerima 3 anugerah di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022

Agrobank menerima 3 anugerah di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022

Agrobank menerima 3 anugerah di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022

kajianforexmalay.com – AGROBANK merangkul tiga anugerah berprestij menerusi kempen dan inisiatif perhubungan awamnya pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022 (MPRA 2022).

Tiga anugerah itu adalah Anugerah Hal Ehwal Awam Terbaik bagi inisiatif dan pencapaian perhubungan awam di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia 2022 (Maha 2022); Anugerah Kempen Bersepadu Perhubungan Awam Terbaik bagi Kempen Hari Kebangsaan Agrobank bertemakan #Berbudi dan Anugerah Komuniti Kewangan Terbaik bagi Program Celik Wang iaitu program perdana pengurusan kewangan Agrobank khusus untuk pelajar sekolah.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan ini untuk dua tahun berturut-turut oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia di MPRA 2022.

“Dengan aspirasi untuk mentransformasikan pertanian melangkaui perbankan, Agrobank sentiasa beriltizam untuk menyediakan solusi kewangan terbaik serta pendekatan yang holistik bagi produk dan perkhidmatannya menerusi pelan komunikasi dan kempen perhubungan awam berimpak tinggi dan pelbagai.

“Anugerah ini adalah satu penghormatan kepada usaha dan komitmen berterusan bagi seluruh warga kerja Jabatan Pemasaran dan Komunikasi di Agrobank.

“Pengiktirafan ini melambangkan inisiatif kami dalam mengadaptasikan pelbagai saluran komunikasi khususnya dalam menyampaikan mesej dan nilai teras Bank kepada pengguna,” katanya.

Menurutnya, usaha ini tidak hanya tertumpu kepada platform media, malah menerusi pelbagai saluran dan inisiatif berpaksikan akar umbi yang memberi tumpuan khusus dalam melestarikan transformasi sektor pertanian dan jaminan bekalan makanan di Malaysia.

“Tanggungjawab serta amanah dalam menyokong sektor pertanian serta meningkatkan kemampanan sosioekonomi komuniti yang kurang mendapat liputan dan diberi perhatian telah sebati dengan DNA kami di Agrobank.

“Justeru kejayaan anugerah ini menandakan inisiatif serta pendekatan unik kami yang berterusan dalam merealisasikan hasrat murni ini dapat dicapai sekali gus menggalakkan pembangunan sektor pertanian negara.

“Melangkah ke hadapan, Agrobank akan terus meningkatkan strategi serta mengukuhkan peranan pembangunan kami sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan memacu pembangunan ekonomi sektor pertanian serta menyokong perniagaan berasaskan pertanian agar lebih berdaya saing.

“Ini melibatkan pelbagai usaha dan simbiosis lain yang saling berhubung di sepanjang rantaian nilai pertanian yang turut melibatkan produk dan perkhidmatan Agrobank,” katanya.

Pada majlis ini, Anugerah Hal Ehwal Awam di bawah Kategori Korporat merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada organisasi yang menggunakan saluran dan platform hal ehwal awam yang paling berkesan menerusi rangkaian inisiatif yang melibatkan penyelidikan, perhubungan media, capaian akar umbi komuniti sasar dan melobi melalui platform media yang unik, efektif dan pelbagai.

Sementara itu, Anugerah Kempen Bersepadu Perhubungan Awam Terbaik mengiktiraf inisiatif perhubungan awam dalaman yang berjaya menggunakan sekurang-kurangnya tiga saluran komunikasi yang berbeza dengan memberi penekanan kepada perancangan strategik perhubungan awam bagi memastikan konseptualisasi, pembangunan dan pelaksanaan kempen yang berimpak tinggi dapat dilaksanakan.

Bagi Anugerah Komuniti Kewangan Terbaik, penghormatan diberikan kepada organisasi yang

berjaya mempamerkan kelestarian kempen yang paling berkesan dalam memastikan pembangunan sektor kewangan yang memfokuskan kepada inisiatif berteraskan industri kewangan dan pihak berkepentingannya.

Anugerah yang disampaikan ini telah diterima oleh Naib Presiden Kanan Pemasaran & Komunikasi Agrobank, Rosdi Effendi Mohammed Effendi.

Bantu kajianforexmalay.com berkembang dengan berkongsi berita ini, kami berusaha untuk memaparkan berita atau maklumat terkini tentang Tradesia, Cara Mula Trading, Trade Forex Terbaik dan MataWang Kripto. Anda boleh cuba mendaftar untuk menyertai Tradesia Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *